Seperti diramal, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah menjulang gelaran kelima Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-15, 21-14 di final, sebentar tadi.

Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia kelihatan tenang apabila mudah mengenepikan cabaran daripada perseorangan pertama Jerman itu pada kedua-dua set dalam tempoh 39 minit.

Ini adalah kejuaraan kelima Chong Wei selepas menjuarai kejohanan bertaraf Siri Super Premier berkenaan sebanyak empat kali pada 2007, 2009, 2010 dan 2011.