Atta Mohammed Sharadeh, 12, yang menjadi mangsa tembakan Israel di luar kem pelarian Jelazoun di Ramallah dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut sumber keselamatan Palestin kelmarin. Media melaporkan kepada PNN, peluru yang mengenai dada kanak-kanak itu turut menembusi belakang tubuhnya.

Dalam kejadian berasingan, tentera laut rejim Zionis didakwa melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin di sepanjang pantai Gaza. Mereka turut dipaksa kembali ke pantai walaupun berada di zon tangkapan yang dibenarkan mengikut perjanjian gencatan senjata, November lalu.