Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini yang dijadualkan pada pukul 2 petang hari itu, akan diadakan serentak di beberapa lokasi di Malaysia dan di seluruh dunia.

Bertemakan “Duduk Bantah”, perhimpunan ini mengemukakan lapan lapan permintaan yang sama seperti pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, iaitu: pembersihan daftar pemilih, pembaharuan kepada pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses yang bebas dan adil kepada media, tempoh kempen minima 21 hari, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah politik, dan mengakhii politik “kotor”.