Berkahwin Syria Palsu

Pasti ramai rakyat Malaysia yang menerima berita ini akan berasa lega setelah mendapat tahu tawaran berkahwin dengan wanita Syria dengan belanja semurah USD40 adalah satu penipuan.

Hal ini disahkan oleh Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.

SyriaPalsu

Selain palsu, berita berkenaan nyata satu fitnah kepada Ustaz Azizul, individu yang disertakan namanya dalam kenyataan yang menimbulkan polemik tersebut. Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria turut menggesa agar perkara ini disebarkan untuk membetulkan keadaan.