Bintang siri realiti televisyen di Amerika Syarikat Teen Mom, Farrah Abraham, didapati membeli alat ujian kehamilan, lapor portal hiburan Hollywood TMZ kelmarin. Abraham, 21 tahun, membeli peralatan itu selepas dia membuat rakaman video lucah dengan pelakon terkenal filem porno, James Deen. Menurut beberapa sumber, dia bimbang hamil anak Deen selepas mendapatinya haidnya tidak datang.

Dalam video lucah tersebut, Abraham dan Deen tidak memakai kondom semasa mereka melakukan hubungan seks. Video itu kemudiannya dijual oleh Abraham kepada syarikat penerbitan filem lucah, Vivid Entertainment pada harga AS$1 juta (RM2.99 juta).