Melissa Gooi

Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Superitendan Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Wakil-wakil NGO ini membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

Apabila merujuk kembali kepada dialog asal Melissa Gooi bersama rakan-rakannya, jelas bahawa tiada unsur kenyataan menghina peribadi Agong yang telah dinyatakan secara terbuka. Maka ia tidak akan dapat disabitkan dengan apa-apa kesalahan walaupun sekiranya ia dibicarakan di mahkamah.