Kingston Lee

Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa mereka sedang menghadapi krisis selepas Malaysia terkeluar daripada persaingan Piala Sudirman 2013, hari ini.

Khairy, atau lebih popular dengan gelaran KJ, menulis seperti berikut di Twitter selepas kekalahan 2 – 3 Malaysia kepada Jerman: “BAM you are in crisis” (BAM anda sedang menghadapi krisis).

Menteri tersebut sebelum itu telah bertemu dengan kapten Malaysia Datuk Lee Chong Wei, yang berjaya menyamakan kedudukan mata negara apabila mengalahkan pemain Jerman Dieter Domke 21-18, 21-18. Beliau juga diperkenalkan kepada anak Chong Wei yang baru berumur sebulan, Kingston.