Air Suami

Di laman media sosial seperti Twitter dan Facebook, heboh diperkatakan mengenai kebodohan Utusan Malaysia pada keluaran hari ini yang menerbitkan temubual bersama seorang artis. Di bahagian tepi gambar artis tersebut, sepatutnya tertulis bahawa dia mengamalkan meminum air suam pada setiap hari untuk kekal sihat. Tetapi apabila pihak editorial terlepas pandang dalam mengedit, lain pula maksudnya, sehinggakan penulis pun segan mahu menulis apa yang telah diterbitkan.

Redaksi pengarang Utusan Malaysia amat terkenal dengan bias mereka terhadap Pakatan Rakyat dengan menjaja cerita-cerita seks dan lucah. Maka tidaklah menghairankan sangat apabila unsur-unsur seperti ini “termasuk” dalam berita-berita semasa mereka.