Royal_Couple_UK

Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate bakal menimang bayi kedua — juga keempat dalam pewarisan takhta British – pada April tahun depan menurut jurucakap istana, semalam.
Kenyataan Istana Kensington mengumumkan, pasangan diraja Cambridge berbesar hati mengumumkan bayi mereka akan dilahirkan pada April tahun depan.

Kate, 32, yang hamil dua bulan diramal akan membuat penampilan umum pertama sejak dua bulan lalu hari ini di upacara sempena menghormati Presiden Singapura Tony Tan.

Kali terakhir Kate dilihat adalah ketika satu upacara di Tower of London pada 5 Ogos lalu dalam majlis bagi memperingati mangsa Perang Dunia Kedua.