Amy Search yakin Nabila Huda akan berubah

Walaupun tidak menggemari gaya hidup anaknya yang agak liar dan seringkali terpalit kontroversi, penyanyi rock lagenda, Amy Search, yakin Nabila Huda akan berubah satu hari nanti.

Namun Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memuji sifat keibuan yang ada pada aktres berusia 29 tahun itu kerana sentiasa mengutamakan anak tunggalnya, Keisha Laila walaupun sentiasa sibuk dengan kariernya.

“Dia seorang ibu yang baik, tetapi sebagai manusia biasa, daripada sisi lain yakni merujuk kepada gaya hidupnya, saya tidak bersetuju dengan caranya.

“Namun saya tahu dia sudah dewasa dan caranya itu bersifat sementara. Saya yakin dia boleh berubah,” ujar penyanyi berusia 54 tahun ini.

Sementara itu Amy turut memberitahu dia tidak kisah siapakah calon suami anaknya itu asalkan lelaki tersebut memahami Nabila.