Decor Di Mexico

Ahli arkeologi menemui hampir 5000 lukisan gua yang dibuat oleh manusia pengumpul-pemburu di timur-laut Bugos, yang terletak dalam negeri Tamaulipas dan bersempadan dengan Amerika Syarikat. Penemuan ini penting bagi pengkaji arkeologi pada zaman pra-Hispanik. Sebelum penemuan ini, pakar sejarah beranggapan bahawa tiada kumpulan manusia di Burgos wujud pada zaman tersebut.

Kesemua 4,926 lukisan dijumpai di sebelas tempat yang berasingan. Terdapat juga sebuah gua yang dikenali dengan jolokan “Gua Kuda-Kuda” dan mengandungi sebanyak 1,550 lukisan. Lukisan-lukisan tersebut menggunakan warna kuning, merah dan hitam serta menggambarkan rupa manusia, binatang, serangga dan juga seni abstrak.

Mata Di Mexico

Lukisan-lukisan ini dibuat oleh tiga kumpulan yang dikenali dengan nama Guajolotes, Iconoplos dan Pintos. Terdapat bukti bahawa beberapa kumpulan lain juga bergerak di kawasan tersebut. Kumpulan-kumpulan ini dikatakan berjaya mengelak daripada Sepanyol selama 200 tahun.

(Sumber Berita)