Punjab School Van

Enam belas pelajar sekolah dan seorang guru terbunuh apabila van sekolah yang dinaiki mereka mengalami kebakaran dalam kawasan Mangowal di daerah Gujrat, Pakistan, pada hari Sabtu, polis berkata. Tujuh lagi kanak-kanak juga tercedera di dalam kebakaran yang memusnahkan kenderaan mereka.

Van tersebut sedang membawa 24 orang kanak-kanak ke sebuah sekolah swasta di Gujrat, lebih kurang 112km ke arah timur bandar Lahore apabila ia mengalmi kebakaran, kata pegawai polis penyiasat Dar Ali Khattak.

“Api secara tiba-tiba muncul dalam kenderaan apabila kanak-kanak tersebut hanya beberapa kilometer sahaja daripada sekolah mereka,” katanya.

“Api dikatakan berpunca daripada cetusan yang berlaku apabila van yang menggunakan dwi-bahan api ini ditukar daripada penggunaan diesel kepada petrol oleh pemandu kenderaan”, ujarnya lagi sambil menambah bahawa seorang guru wanita juga hilang nyawa di dalam kejadian tersebut. Pemandu kenderaan dilaporkan melarikan diri selepas kejadian kebakaran berlaku.

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis serta pihak yang berkenaan, termasuklah ke atas mereka yang terlibat dalam memastikan keberkesanan kenderaan.